Assalamualaikum..sekadar mahu mencuba..ada rezeki, ada daya, ada peluang In shaa Allah akan dikembangkan. Saya budak baru belajar..hihi.. HATI TAK BERTAJUK 1.
"Abang . I'm
pregnant !" Ayat keramat itu akhirnya terluah jua. Dengan senyumanku
yang maha lebar bersambut dengan senyumannya disusuli ucapan syukur.
"Alhamdulillah,
sayang. Abang gembira sangat." Katanya seraya membawa diriku ke dalam
pelukan eratnya. Penuh kasih belakangku di usap perlahan, kepalaku dikucup
bertalu-talu. Aku mengerti kegembiraannya ketika ini. Sama sepertiku.
Aku merenggangkan
pelukan kami, menentang wajahnya. Terserlah kegembiraannya yang sukar
disembunyikan. Senyumanku masih kuhulurkan buatnya, tanda aku juga sukar
menyembunyikan kebahagiaanku kerana mengandungkan zuriatnya. Namun, senyumanku
kini, sedikit demi sedikit kian pudar, apabila kurasakan pandanganku kian
kabur. Badan kurasakan kian memercik keringat. Hangat tiba-tiba.
"Adilla !
Adilla !" Suara itu memanggilku. Dia menyeru namaku berulang-ulang. Namun,
pandanganku semakin gelap.
"Adilla !"
Terasa pipiku ditepuk perlahan. "Adilla !" Kali ini, suara itu
semakin kuat menyeru seiring tepukan di pipi yang juga keras. Aku berusaha juga
mahu membuka mataku yang kian terpejam.
"Adilla !"
Pap ! Tepukan bisa dipunggungku berjaya membuka mataku. Kulihat sekeliling.
Serentak itu aku tersentak dengan figura yang terlayar di mataku ketika ini.
Eh, kenapa muka orang lain ni? Tadi bukan muka lelaki ke? Lelaki yang tidak
terlalu muda dan tidak terlalu tua. Wajah seorang lelaki yang matang. Lelaki
yang kuyakini suamiku.
Tapi, kat depan mata
aku ni? Seorang wanita yang agak berusia tapi tidak terlalu tua. Umurnya
mungkin dalam lingkungan lewat 40-an. Kepalanya tersarung anak tudung hitam,
berbaju kurung. Ku amati dirinya seteliti yang mungkin.
"Hah ! Dah
habis tilik?" Keras suara itu menegurku. Erk. Aku macam kenallah suara ni.
Kuluaskan bukaan mataku sekali lagi. Dia juga membulatkan matanya. Bibirnya
diketap seakan-akan geram. Dan...
"Mak?!"
"Ha. Mak la ni.
Kenapa? Mak cantik sangat ke yang kamu nak terkejut sangat ni?"
"Eh,
ma..ma..macam mana mak boleh ada kat sini?" Tanyaku hairan.
"Kamu ni dah
kenapa, Dilla.? Mak memang ada kat sinilah."
"Tapi, tadi mak
takde pun. Kitorang belum jumpa mak lagi pun."
"Kitorang?
Siapa 'kitorang' tu?" Keningnya dah bercantum. Eh, comel pulak aku tengok.
Aku jeda seketika.
"Tadi, Dilla bukan dengan suami Dilla ke, mak?" Soalku perlahan dan
satu-satu ayat itu kusebut.
Mata emak dah
membulat. "Suami?!" Dah macam petir suara dia ni.
Pap ! "Adui...!
Mak..! Apa ni? Sakitlah." Sekali lagi punggungku ditepuknya. Dah kenapa
emak aku ni? Aku salah tanya ke?
"Bila masa
pulak kamu menikah? Bila masanya kamu ada suami, Dilla? Kamu jangan nak naikkan
darah mak. Kamu ni, dah sedar ke belum ni?" Soalnya bertalu-talu.
Aku hairan dengan
kata-kata emak. Takkan emak tak tahu aku dah kahwin kot. Dah mengandung dah
pun. Eh, takkan aku kahwin lari pulak? Tapi, emak sebut 'dah sedar ke belum'.
Sedar? Pantas kuhalakan pandanganku di sekeliling. Tadi, dindingnya semua
putih. Macam dekat bilik klinik. Tapi sekarang,
kenapa dinding bilik ni warna putih dan ungu. Ada meja solek di sudut kiri
bilik. Tingkap besar disebelah kanan serta kerusi cleopatra berada di bawahnya.
Bantal, selimut dan cadar corak abstrak serba ungu. Aku rasa ni macam bilik
aku. Kutilik diriku yang berbaring. Seketika otakku mencerna. Dan...
"Alamak !"
Pantas aku bangun dari pembaringanku.
"Ha. Baru
sedarlah tu." Suara emak sekali lagi kedengaran.
"Dilla mimpi ke
mak?" Tiba-tiba aku rasa frust semacam aje. Alah, kenapa mimpi? Aku
ingatkan aku betul-betul dah kahwin. Nak ada anak dah pun. Haishh..! Potong..!
"Kamu ni,
memang nak kena kahwin, Dilla. Tidaklah cuma mimpi ada suami aje macam
ni." Emak aku ni, mulalah tu nak buka bab-bab munakahat dia tu. Aku diam
aje. Malas nak menjawab. Karang, macam-macam bab emak aku buka. Panas telinga
ni nak mendengarnya.
"Tak nak bangun
lagi ke? Tak kerja?" Soalnya. Aku mula melentokkan kepalaku pada lengan
emak, menyambung lenaku. Bukanlah nak lena betul-betul pun. Saja aku nak
manja-manja dengan emak kesayangan aku ni.
"Kerjalah mak.
Mana boleh tak kerja. Karang, kena buang kerja pulak. Anak kesayangan mak ni
makan apa?" Kataku. Aku masih lagi bermalas-malasan di atas katil. Berat
pula rasa hati nak tinggalkan katil queen sizeku ini.
"Dah tu, tak
siap lagi ni? Muka sememeh aje ni. Atau Dilla plan nak pergi kerja lewat
hari ni?"
"Eh, taklah
mak. Pergi kerja macam biasalah." Jawabku dengan mata masih terpejam.
"Masuk kerja
pukul 9.00 pagi. Sekarang dah pukul 9.30 pagi nak oi. Bila nak siap ni?"
"Ala. Awal lagi
ni mak. Baru 9.30." Aku masih melayani mataku. Eh, emak cakap apa?
9.30? 9.30? "Ha?! 9.30?." Aku pandang emakku dengan perasaan terkejut.
Gila kau ! 9.30 tu. "Dilla dah lewat mak !" Kelam-kabut aku bangun,
terjun dari katilku.
"Bertuah
betullah anak ni. Main terjun-terjun pulak. Dah tak ingat dia tu perempuan ke
apa? Ish." Terdengar bebelan emak ketika aku kelam-kabut mengambil tualaku
yang tergantung di ampaian pendek sudut kiri berhampiran pintu bilik air.
"Kenapa mak tak
kejutkan pagi-pagi? Dah pukul 9.30 baru nak kejutkan. Mak ni," Rungutku.
"Mampuslah Dilla ni mak. Mengamuk 'singa' kat ofis tu mak."
keluhku. Pantas aku menuju ke bilik air.
"Bertuah oi.
Mak dah kejutkan pukul 8.45 tadi. Naik kematu tangan mak ni ketuk pintu bilik
tu. Kamu yang nyenyak sangat tidur." Terpaku langkahku di muka pintu bilik
air. Kupusing kepalaku pada mak.
"Ada ke?"
Aku tersengih. Memang betul kuat penangan mimpi aku mengandung. Sampaikan tak
dengar mak ketuk pintu. Biasanya, aku 'awas' bunyi-bunyi kuat macam tu. Mak
hanya menjeling melihat sengihanku. Lantas aku segera masuk untuk memenuhi
agendaku. Mandi. Aku betul-betul terlewat pagi ni.
"Subuh ke tak
pagi tadi, Dilla?" Laung mak dari luar bilik airku.
"ABC,
mak?" Jawabku.
Hai, mak aku ni. Aku dah lambat, sempat lagi nak investigate
bagai.
"Apa bendanya
ABC tu?"
"Allah Bagi
Cuti." Harap mak fahamlah.
"Betul
ni?" Eh, mak ni. Tak percaya ke?
"La. Betullah
mak. Sejak bila mak tak percaya kat Dilla ni?"
"Bukan tak
percaya. Kamu tu banyak sangat 'konar'." A.k.a corner, kalau nak bagi faham.
"Eh. Mak ni.
Kalau tak percaya, Dilla boleh tunjuk ni, ha. Bukti." Gila nak tunjuk
'bendera merah' aku kat mak. Mahunya mak aku tu pengsan nanti. Hihi.
"Ee. Tak kuasa
mak nak tengok. Tak pasal-pasal muntah hijau nanti mak ni." Aku dah
tergelak kuat dari dalam ni. Itulah. Nak sangat siasat aku, kan? Haha.
"Cepat sikit
mandinya tu. Turun sarapan. Mama dah tunggu kat bawah tu."
"Ayah dan abah
dah pergi pejabat ke, mak?" Tanyaku.
"Sekarang dah
nak pukul 10 pagi Dilla. Takde maknanya ayah dan abah kamu tu ada kat rumah
lagi. Sudah. Cepat mandi."
"Ok, boss."
20 minit kemudian,
aku siap sepenuhnya. Inipun dah macam kartun aku kelam-kabut menyiapkan
diriku. Nasib baiklah aku terlebih rajin minggu ni. Semua baju kerjaku untuk
lima hari ni, aku dah siap gosok Ahad lepas. Jadi, pasal baju settle
walaupun siap
ala kadar sahaja.
Cuma katil aje yang belum settle. Alahai, memang tak sempat dah
ni. Dah lewat sangat. Nampaknya, terpaksalah mohon jasa baik emak tolong
kemaskan katil aku ni. Hihi.
Pantas aku menuruni
anak tangga. Tangan kiri yang terlilit jam tangan kuangkat. Serta-merta
langkahku terpaku di anak tangga terakhir. La, mana perginya jam aku ni? Lupa
nak pakaikan ! Dahi kutepuk. Aku berpaling, naik semula ke bilikku. Jam yang
berada di atas meja solek pantas kucapai tanpa memakainya. Nanti dalam kereta
boleh pakai.
Sebaik tiba di muka
pintu, aku capai high heel 2 inciku, pantas kusarungkan pada kaki.
"Adik !" Aku menoleh. Mama berjalan mendekatiku. "Nak pergi dah?
Tak nak breakfast dulu ke?"
"Adik dah
lambat sangat ni Ma. Dah dekat pukul 10 pagi." Kataku lembut.
"Kalau iya pun,
sarapan sikit. Buat alas perut. Jom, mama dan mak pun belum sarapan lagi."
Alahai mama aku ni.
"Kenapa mama
dan mak belum sarapan lagi ni? Dah lewat, ma."
"Macam tak
biasa pulak kamu tu, Dilla. Selalukan kita sarapan sama-sama." Terdengar
suara emak menyampuk dari ruang makan. Mama tersenyum kepadaku. Aku tersengih.
"Iyalah. Dilla
tahu. Tapi, kan dah lewat ni. Mama dan mak tak payahlah tunggu Dilla." Aku
dan mama bergerak ke meja makan.
"Mama tak
biasalah kalau tak nampak adik kat meja makan tu." Kata mama pula.
"Alolo. Sweetnya
mama adik ni. Next time tak payah tunggulah mama, mak. Kalau dah lewat
sangat macam ni, mama dan mak sarapan dulu. Tak baik tau sarapan lewat. Nak
pulak perut dah veteren macam perut mama dan mak. Dilla takpe. Perut muda
belia." Aku tergelak kecil.
"Ha, dah
mulalah hantu sakat dia tu," Mama mahu memulas telingaku. Tapi aku pantas
mengelak. Segera aku duduk untuk menjamah sedikit sarapanku. Sudah terhidang
separuh bee hoon goreng di depan mataku. Cukup tiga suap dan seteguk milo, aku
berpaling ke sebelah kananku, mencapai tangan kanan emak. Lantas kukucup.
"Mak, Dilla nak
pergi dah." Pipi kiri dan kanan mak kukucup juga. Kemudian aku ke sebelah
kiri pula menyalami tangan mama yang berada di hujung meja. "Mama, pergi
dulu." Juga kucium tangan dan pipinya.
"Bawak kereta
jangan laju-laju Dilla. Karang mak pulak yang sekeh kepala awak tu
laju-laju."
"Amboi mak.
Pesanan penaja tu, 'makan dalam' sungguh la." balasku dengan
sengihan.
"Apa, tak betul
mak cakap? Dilla tu kalau dah driving, dah rasa jalan tu macam abah dia
punya aje." Mulalah emak aku ni, start enjin bebel dia pagi-pagi
yang indah ni. Aku dah mula bangun dari kerusi.
"Eh, kalau abah
punya, takde maknanya jalan tu jadi jalan. Lama dah terpacak banglo 25 biji kat
situ." Aku tergelak kecil.
Pap ! "Auuwww.....!"
aku terjerit kecil. Ngeee.....bisanya..! "Mak, masuk ni, dah tiga
kali mak buat niaya kat punggung Dilla, tau. Karang, dibuatnya susah anak mak
ni nak mengandung, mak jugak yang nangis tak berlagu nanti, kempunan takde cucu
dari anak tunggal mak ni." Emak ni memang la. Sakit kot..!
"Kata-kata tu,
doa tau. Nak sangat ke?"
Erk ! Terus ku tekup
mulutku dengan dua telapak tanganku sambil kugeleng kepala laju-laju. "Mak
ni, kalau bab-bab provokasi, memang maklah menang kerusi pilihanraya."
Ewah. Mentang-mentang sekarang memang musim pilihanraya, kuselitkan sekali.
Hihi.
"Sudahlah nak
mengarut tu adik. Kata dah lambat. Karang tak cukup tanah adik nak lari bila
'singa' kat ofis tu merempan." Aku dah tergelak bila dengar mama juga
turut menggelarkan bos aku tu 'singa'.
"Tak cukup
tanah, adik naik kapal terbang pulak. Tak jejak tanah punya." Kukenyit
mataku pada mama dengan sengihanku.
"Tengok tu. Tak
sudah-sudah lagi. Dah, keluar. Dah tahu lambat, meraban tak habis-habis."
Wah..emak dah tunjuk kuasa veto dia.
"Mak ni, tak
sayang anak la tu. Macam menghalau aje."
"Adilla..!
," naik satu oktaf ton suara emak. Dan aku tergelak lantas melarikan diri
ke arah 'boyfriend' kesayanganku yang putih melepak itu.
"Ok, maam.
Bye. Assalamualaikum." Pintu Suzuki Swift sebelah pemandu kubuka sambil
melambai-lambai tanganku ke arah emak dan mama kesayanganku.
;-)